come! JOIN me (=

Friday, May 11, 2012

kadang-kadang

kadang, tanpa kita sedar.
ada kata- kata kita yang mengguris hati manusia.

kadang, dalam kita leka.
ada tingkah laku kita yang kurang manis dipandang orang.

kadang, dengan penuh bangga memberi idea.
ada yang kurang boleh terima.

kadang, ghairah mengejar kesenangan.
ada yang sampai terlupa pada tanggungjawab.
ada yang kurang sedar diri tu sebenarnya datang dari tempat yg hina.

kadang, sibuk bercinta,
ada yang abai cita dan harapan.

kadang, terlalu mengejar A dalam periksa,
stay up untuk study,
sampaikan Subuh melayang.

kadang, terlalu ikut nafsu.
ada yang sampai habiskan duit untuk setanding dengan manusia2 billionaire.

kadang, terlalu bangga dengan kecantikan Dia bagi,
ada yang sampai dedah body sana sini,
ada yang sampai seronok share gambar buat tontonan ajnabi.

kadang, terlalu bangga dengan kehenseman Dia bagi,
ada yang sampai menghina si hodoh,
ada yang sampai jadi manusia yang memilih dalam berkawan.

kadang, kerana gah dengan IQ yang tinggi sikit dari budak tadika,
ada yang sampai lupa jasa mak bapak,
ada yang sampai menempelak si bodoh.
ada yang pandang sinis pada si kurang cerdik.

kadang, tanpa aku sedar.
aku juga tergolong dalam kadang-kadang ini.
hmm.



2 not guilty:

Edy Nuar said...

Kadang-kadang :')

Unknown said...

kau pun kadang- kadang? :)