come! JOIN me (=

Monday, December 31, 2012

Kamu

Hey kamu,
Kamu tidak sempurna.
Mana ada manusia biasa yang sempurna?
Banyak tingkah kamu, kerenah kamu, bicara kamu dan pemikiran kamu yang menyinggung hati.
Banyak yang ingin ditegur, dinasihati dan dikatakan pada kamu.
Tapi, sang penulis hanya manusia biasa.
Tidak pandai menegur, tidak arif menasihati, tidak petah berkata.
Mudahnya, kerana terlampau ingin menjaga hati dan perasaan kamu, diam itu lebih baik.
Tapi, diam itu buat sang penulis tidak senang duduk.
Puas berfikir, akhirnya satu keputusan dibuat.
Biarlah teguran, nasihat, serta kata2 itu menerusi tulisan yang kata-katanya mampu buat sesiapa sahaja terasa pedihnya.
Biarlah ramai yang terasa tersindir.
Secara tidak langsung, sang penulis harap segala teguran, nasihat dan kata-kata itu dapat dijadikan iktibar. Hey kamu,
Kadang apa yang ditulis, sang penulisnya terkena juga.
Kerana apa? Kerana sang penulis juga terlalu banyak tingkah, kerenah, bicara dan pemikirannya yang menyinggung hati orang sekeliling. Bahkan, lagi banyak dari kamu.
Kerana apa? Kerana sang penulis juga manusia biasa, malah terlampau biasa.
Hey kamu,
Maafkan sang penulis jika menyakiti hati kamu.
Jujur dikatakan, tidak ada niat ingin menyakiti hati kamu.
Kerana apa?
Kerana sang penulis juga seperti kamu, hanya manusia biasa.
Biarkan sang penulis terus menulis.
Apa yang betul, ambil sebagai ikitibar untuk perbaiki diri.
Apa yang salah, abaikan dan mohon maafkan sang penulis.
Kerana apa?
Kerana melalui tulisan saja, sang penulis dapat menjadi seorang sahabat untuk kamu.
Ikhlas,
Sang Penulis.


1 not guilty:

Anonymous said...

im not guilty